Program Promosi NADI Kesejahteraan Kendiri di Hospital Tuanku Fauziah
8 Julai - 9 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 8 hingga 9 Julai 2026, pihak NADI dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) telah melaksanakan Program Promosi NADI Kesejahteraan Kendiri bertempat di Klinik MOPD, Hospital Tuanku Fauziah.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pesakit dan pengunjung mengenai inisiatif NADI Kesejahteraan Kendiri, di samping menggalakkan komuniti menjalani saringan kesihatan asas secara berkala di NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: